UNIVERSAL MUSIC MALAYSIA – POLISI PRIVASI
Tarikh akhir ubahsuai: [15/October/2008]
Universal Music Malaysia Sdn Bhd ("UMM" atau “kami”) menghormati privasi individu-individu yang ia berurus dengan, dan telah komit untuk mematuhi obligasi-obligasinya dengan sepenuhnya di dalam Polisi Privasi ini.
Polisi ini membentangkan jenis maklumat peribadi yang UMM kumpulkan dan menerangkan bagaimana ia mengumpul, menggunakan, mendedahkan dan memegang maklumat tersebut. "Maklumat Peribadi" ialah maklumat atau pendapat mengenai seseorang individu yang mengenalpasti individu tersebut, atau dari mana ianya secara munasabah dapat menentukan pengenalan individu tersebut.
Polisi juga menerangkan bagaimana anda boleh memperoleh akses kepada maklumat peribadi yang dipegang oleh UMM mengenai anda dan memberikan butir-butir hubungan kepada UMM. Akhirnya, Polisi tersebut membentangkan cara UMM mengendalikan maklumat peribadi ‘online’ (iaitu dalam internet) dan bagaimana UMM menggunakan dan mendedahkan maklumat peribadi yang ia kumpulkan mengenai individu-individu yang ia berurus dengan dalam konteks aktiviti-aktiviti dan hubungan-hubungan perniagaannya ("hubungan perniagaan " kami).
Polisi Privasi ini terpakai kepada semua laman-laman web UMM termasuk, tetapi tidak terhad kepada, Get Music Malaysia.
1. Bagaimana Maklumat Peribadi Digunakan?
UMM ialah salah satu pengeluar dan pengedar Malaysia yang terbesar bagi barangan dan perkhidmatan-perkhidmatan hiburan. Untuk tujuan-tujuan Polisi ini, ianya dirujukkan sebagai "barangan dan/atau perkhidmatan-perkhidmatan kami ".
Tujuan utama yang mana UMM mengumpul maklumat peribadi ialah agar kami boleh memberikan perkhidmatan kepada anda mengenai barangan atau perkhidmatan-perkhidmatan kami dan memberikan maklumat berhubung dengan barangan atau perkhidmatan-perkhidmatan kami. UMM juga menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan-tujuan sampingan selain daripada tujuan-tujuan tersebut termasuk, tanpa had, untuk tujuan menguruskan hubungannya dengan anda, berkomunikasi dengan anda dengan berkesan dan mengenalpasti mana-mana barangan dan perkhidmatan-perkhidmatan yang mungkin anda berminat di masa hadapan.
UMM tidak mengumpulkan maklumat yang ia tidak perlu. Contohnya, UMM tidak mengumpul maklumat sensitif (seperti maklumat mengenai kesihatan dan kepercayaan politik) kerana ia tidak memerlukannya untuk memberi perkhidmatan kepada anda mengenai barangan atau perkhidmatan-perkhidmatan kami.
2. Apakah Maklumat Peribadi yang dikumpul oleh UMM?
Sekiranya anda meminta UMM memberikan barangan atau perkhidmatan-perkhidmatan kami kepada anda (termasuk mendaftar untuk menjadi ahli untuk salah satu kelabnya, dengan mengemukakan suatu borang kemasukan pertandingan, atau memilih untuk menerima maklumat promosi), UMM mungkin meminta anda memberikan nama dan butir-butir hubungan anda seperti nombor telefon, alamat surat-menyurat dan alamat emel. UMM juga mungkin meminta daripada anda maklumat tambahan termasuk, tetapi tidak terhad kepada, umur dan pilihan hiburan anda (iaitu apa jenis muzik yang anda suka).
Anda boleh enggan memberikan UMM dengan maklumat peribadi yang ia minta daripada anda.. Bagaimanapun, sekiranya anda tidak memberikan UMM dengan maklumat peribadi yang ia minta, UMM mungkin tidak dapat memberikan barangan atau perkhidmatan-perkhidmatannya kepada anda.
Sekiranya pada bila-bila masa anda tidak ingin dimaklumkan mengenai barangan, perkhidmatan-perkhidmatan atau promosi-promosi yang ditawarkan oleh UMM, atau sekiranya anda tidak ingin menerima apa-apa komunikasi lanjut daripada UMM, anda boleh pilih keluar daripada mana-mana, atau semua, komunikasi UMM dengan terus menghubungi UMM. Butir-butir bagaimana menghubungi UMM adalah dibentangkan dalam bahagian 10 di bawah.
3. Bagaimana UMM Mengumpul Maklumat Peribadi?
UMM mengumpul maklumat peribadi dalam pelbagai jenis cara. Cara-cara yang paling biasa di mana UMM mengumpul maklumat peribadi, dan tujuan-tujuan maklumat tersebut dikumpul, adalah seperti berikut:
Maklumat peribadi dikumpulkan daripada artis-artis dan ejen-ejen mereka, untuk tujuan mengekalkan hubungan UMM dengan individu-individu tersebut dan melaksanakan obligasi-obligasi dan tanggungjawab-tanggungjawabnya di bawah kontrak.
Maklumat peribadi dikumpulkan daripada borang-borang permohonan (termasuk daripada laman-laman web) apabila individu-individu memohon untuk menjadi ahli kelab-kelab yang dijalankan oleh UMM atau pengguna perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan oleh UMM. Maklumat ini dikumpulkan untuk tujuan memberikan berita, maklumat, tawaran dan lain-lain perkhidmatan kepada ahli-ahli mengikut terma-terma dan syarat-syarat kelab tersebut atau perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan sedemikian.
Maklumat peribadi dikumpulkan daripada penyertaan-penyertaan pertandingan dan lain-lain promosi, untuk tujuan menjalankan pertandingan atau promosi dan menghubungi pemenang(-pemenang), dan, sekiranya peserta-peserta/pemohon-pemohon tidak memberitahu UMM sebaliknya, untuk tujuan menghantar maklumat, berita dan tawaran-tawaran berhubung dengan barangan dan perkhidmatan-perkhidmatan kami.
Maklumat peribadi dikumpulkan daripada borang-borang pesanan apabila barangan dan perkhidmatan-perkhidmatan UMM dipesan oleh pengedar-pengedar dan peruncit-peruncit, untuk tujuan memenuhi pesanan dan menghantarserah barangan, dan untuk mengekalkan hubungannya dengan individu tersebut. Maklumat peribadi yang dikumpulkan dalam konteks ini boleh termasuk butir-butir kad kredit, caj atau debit. Sekiranya anda memberikan maklumat kredit tambahan, ia hanya akan digunakan untuk tujuan-tujuan membeli barangan atau perkhidmatan-perkhidmatan kami.
Maklumat peribadi adalah dikumpulkan daripada borng-borang pesanan ‘online’ apabila barangan dan perkhidmatan-perkhidmatan UMM dipesan oleh individu-individu, untuk tujuan memenuhi pesanan dan menghantar barangan, dan untuk mengekalkan hubungannya dengan individu tersebut. Maklumat peribadi yang dikumpulkan dalam konteks ini boleh termasuk butir-butir kad kredit, caj atau debit.
Maklumat peribadi dikumpulkan daripada telefon, emel, pertanyaan-pertanyaan bertulis dan secara diri yang diarahkan kepada UMM, untuk tujuan membalas pertanyaan-pertanyaan tersebut.
Maklumat peribadi dikumpulkan daripada hubungan-hubungan perniagaan UMM, termasuk kad-kad kontrak dan perniagaan, apabila mereka bertransaksi dengan UMM atau sebaliknya berinteraksi dengan UMM dalam konteks perniagaan.
Maklumat peribadi boleh dikumpulkan daripada laman-laman web UMM menerusi proses-proses automatik seperti cookies, yang dibincangkan di bahagian 9 di bawah.
Baki Polisi ini menumpukan khususnya bagaimana UMM mengendalikan maklumat peribadi mengenai individu-individu yang adalah pengguna-pengguna barangan dan perkhidmatan-perkhidmatan kami atau yang melawat laman-laman web UMM. Bagaimanapun, seperti yang dicatatkan di atas, UMM juga mengendalikan maklumat mengenai pihak-pihak yang tidak merangkumi kategori-kategori tersebut.
UMM mengendalikan maklumat peribadi mengenai artis-artis (misalnya ahli-ahli muzik, pelakon-pelakon, pengarah-pengarah, pengatur cara perisian dan pereka grafik) di mana kerja disiarkan dan/atau diedarkan oleh UMM. Kecuali di mana dinyatakan sebaliknya dalam Polisi ini, maklumat peribadi ini dikendalikan dalam cara yang sama dengan maklumat peribadi pengguna-pengguna.
UMM juga mengendalikan maklumat peribadi mengenai hubungan-hubungan perniagaannya (misalnya pembekal-pembekal, pengedar-pengedar dan peruncit-peruncitnya). Bagaimana UMM mengendalikan maklumat peribadi berkenaan hubungan-hubungan perniagaannya adalah dibincangkan di bahagian 8 di bawah.
4. Adakah Maklumat Peribadi Diberikan kepada Sesiapa Lagi?
Secara amnya, UMM tidak akan mendedahkan maklumat peribadi kepada individu-individu atau organisasi-organisasi di luar UMM tanpa kebenaran anda. Bagaimanapun, dalam keadaan yang diterangkan di bawah, maklumat peribadi boleh didedahkan di luar UMM.
(a) Sumber Luaran
Dari masa ke semasa, UMM mungkin memberikan maklumat kepada syarikat-syarikat lain dalam Kumpulan syarikat Universal yang melaksanakan fungsi-fungsi tertentu bagi pihaknya. Apa jua maklumat peribadi yang dipindah di antara Kumpulan syarikat Universal dalam keadaan sedemikian akan dikendalikan mengikut Polisi ini. UMM juga boleh mendedahkan maklumat peribadi kepada pihak-pihak ketiga yang diberikan kontrak olehnya untuk fungsi-fungsi khusus (misalnya pusat penghantaran, syarikat-syarikat percetakan dan pengatur-pengatur majlis). Sebagai contoh, apabila menjalankan sesuatu promosi, ia mungkin memasuki kontrak dengan suatu pusat penghantaran, yang akan tertakluk kepada obligasi kontrak untuk mengedarkan maklumat bagi pihaknya mengenai produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan atau promosi-promosinya. Sekiranya UMM mendedahkan maklumat peribadi kepada kontraktor-kontraktor pihak ketiga di bawah sumber luaran atau kontrak, UMM akan mengambil langkah-langkah untuk memastikan bahawa kontraktor-kontraktor tersebut:
mengendalikan maklumat peribadi anda dengan konsisten mengikut Polisi ini (tidak kira sama ada mereka adalah suatu perniagaan kecil);
hanya menggunakan maklumat peribadi anda untuk memberikan perkhidmatan-perkhidmatan tertentu atau untuk melaksanakan fungsi-fungsi tertentu yang diperlukan oleh UMM; dan
menyimpan maklumat peribadi anda dengan selamat, dan hanya untuk sepanjang tempoh yang perlu untuk memberikan perkhidmatan-perkhidmatan yang diperlukan atau melaksanakan fungsi-fungsi yang diperlukan.
(b) Pendedahan-pendedahan yang diperlukan atau dibenarkan di sisi undang-undang
UMM boleh juga mendedahkan maklumat peribadi kepada individu-individu, pertubuhan-pertubuhan, organisasi-organisasi atau pihak-pihak berkuasa kerajaan tanpa kebenaran anda sekiranya ia diperlukan untuk berbuat demikian di sisi undang-undang.
(c) Pendedahan kepada pembekal-pembekal kredit dan agensi-agensi laporan kredit
Sekiranya anda membeli barangan atau perkhidmatan-perkhidmatan kami, UMM boleh mendedahkan maklumat peribadi kepada pembekal-pembekal kredit untuk tujuan berhubungan kredit seperti kedudukan kredit, penilaian kredit dan semakan penipuan. Sekiranya kami mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pembekal-pembekal kredit, anda mengaku bahawa maklumat ini boleh direkodkan di dalam fail maklumat kredit yang pembekal kredit luaran boleh mengekal mengenai anda.
(d) Memindah maklumat peribadi di luar negara
Dari masa ke semasa UMM memindah maklumat peribadi kepada syarikat-syarikat luar negara, di dalam dan luar Kumpulan Universal. Sebagai contoh, ini mungkin berlaku semasa penempahan pelancongan di luar negara untuk artis-artis di bawah kontrak dengan UMM, atau apabila kami menyimpan maklumat peribadi mengenai pengguna-pengguna, ahli-ahli kelab dan peserta-peserta pertandingan di dalam pelayan-pelayan yang dianjurkan oleh Kumpulan Universal atau syarikat luar pesisir.
Sekiranya UMM memindahkan maklumat peribadi anda ke luar negara, kami akan mengambil langkah-langkah untuk memastikan maklumat peribadi anda diberikan perlindungan privasi yang sama di destinasi negara yang ia terima dari Malaysia.
(e) Maklumat Peribadi yang anda komunikasi atau siar menerusi laman-laman web UMM
UMM mengesyor supaya anda tidak menyiarkan atau berkomunikasi maklumat peribadi yang dapat diakses oleh orang awam menerusi laman-laman web UMM kecuali anda hendak maklumat tersebut dilihat oleh yang lain.
Sekiranya anda memilih atau berkomunikasi maklumat peribadi, atau memilih ciri-ciri di laman-laman web UMM yang membenarkan anda mempamerkan, menyiarkan atau berkomunikasi maklumat peribadi mengenai diri anda kepada orang awam menerusi laman-laman web UMM, anda mengaku bahawa UMM tidak boleh mengawal penggunaan maklumat peribadi sedemikian oleh pihak lain.
5. Akses dan Pembetulan Maklumat Peribadi
Anda secara amnya mempunyai hak untuk mendapatkan akses kepada maklumat peribadi yang UMM pegang mengenai anda dan dipegang untuk apa tujuan. Bagaimanapun, terdapat beberapa keadaan-keadaan di mana UMM memelihara hak untuk menahan akses kepada beberapa atau semua maklumat peribadi tersebut. Sekiranya UMM menafikan anda untuk akses kepada maklumat peribadi yang diminta, ia akan berikhtiar, yang mana sesuai, untuk memaklumkan anda pengecualian di mana terdapatnya penafian tersebut.
Anda juga mempunyai hak untuk meminta UMM membetulkan maklumat peribadi mengenai anda yang anda fikir tidak tepat, tidak penuh atau tidak terkini.
Sekiranya anda ingin mendapatkan akses kepada maklumat peribadi yang UMM pegang mengenai anda, UMM meminta bahawa anda membuat suatu permintaan bertulis kepada Pegawai Polisinya (butir-butir hubungan adalah dibentangkan di bahagian 10 di bawah). Permintaan anda patut menyatakan sama ada anda hendak mendapatkan akses kepada semua maklumat peribadi yang dipegang oleh UMM atau untuk maklumat peribadi tertentu (di mana anda patut nyatakan dalam permintaan anda). Anda juga patut memberikan sedikit pengenalan (misalnya sesalinan lesen pemandu atau pasport anda) agar UMM boleh mengesahkan bahawa anda adalah pihak dirujukkan dalam maklumat peribadi tersebut. Anda juga patut memasukkan butir-butir bagaimana UMM boleh menghubungi anda sekiranya ia perlu membincangkan permintaan anda. Sekiranya anda memerlukan lebih maklumat sebelum membuat suatu permintaan formal untuk akses, sila hubungi Pegawai Privasi UMM, yang boleh menerangkan bagaimana UMM akan mengendalikan permintaan anda untuk akses dan membantu anda membuat permintaan tersebut.
UMM akan menganggap (kecuali anda maklumkan sebaliknya) bahawa permintaan anda berhubung dengan rekod semasa mengenai anda yang dipegang oleh UMM. Rekod semasa ini akan termasuk maklumat peribadi mengenai anda yang adalah termasuk dalam pangkalan data UMM dan di dalam fail-fail kertas, dan yang mungkin digunakan oleh UMM secara dasar harian. Untuk memberikan anda akses kepada maklumat peribadi semasa, UMM secara amnya memberikan kepada anda suatu cetakan mengenai maklumat peribadi yang relevan dari pangkalan datanya, atau dengan fotokopi-fotokopi rekod yang dipegang hanya dalam fail-fail kertas. Sekiranya maklumat peribadi mengenai anda (misalnya nama dan butir-butir alamat anda) dipenduakan di dalam pangkalan data berlainan, UMM secara am memberikan anda hanya satu cetakan maklumat ini. Biasanya, UMM tidak akan mengenakan apa-apa bayaran kepada anda untuk kos menyediakan jenis akses kepada rekod-rekodnya, dan ia akan secara amnya membalas kepada permintaan-permintaan untuk jenis akses ini dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan permintaan anda.
Untuk sebab-sebab undang-undang dan pentadbiran, UMM juga akan menyimpan rekod-rekod yang mengandungi maklumat peribadi di dalam arkibnya. Anda boleh mendapatkan akses kepada rekod-rekod yang dipegang oleh UMM yang mana adalah bukan rekod-rekod semasa, tetapi sekiranya anda berbuat demikian, UMM mungkin mengenakan bayaran kepada anda untuk kos menyediakan akses. Ia juga boleh mengambil masa yang lama untuk UMM membalas kepada permintaan anda. Sila hubungi Pegawai Polisi untuk membincangkan keperluan-keperluan anda.
Sekiranya anda fikir bahawa apa-apa maklumat peribadi yang UMM pegang mengenai anda adalah tidak tepat, penuh atau terkini, sila berikan permintaan anda untuk pembetulan kepada Pegawai Polisi (butir-butir hubungan adalah dibentangkan di bahagian 10 di bawah). Ianya adalah polisi UMM untuk membuat pertimbangan dan membalas kepada apa-apa permintaan untuk pembetulan dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan permintaan tersebut.
Sekiranya UMM bersetuju bahawa maklumat peribadi anda adalah tidak tepat, penuh dan terkini, UMM akan membetulkannya untuk anda. Sekiranya ia tidak bersetuju dengan pandangan anda, UMM akan memberikan alasan-alasan pandangannya kepada anda, dan akan memberikan anda suatu peluang untuk membuat suatu pernyataan mengenai pandangan anda dan memasukkannya dengan maklumat tersebut.
6. Penyimpanan dan Keselamatan Maklumat Peribadi
UMM akan mengambil langkah-langkah munsabah untuk melindungi maklumat peribadi yang ia pegang dan mengawal risiko-risiko seperti kehilangan, salahguna, akses tidak diberi kuasa, musnah, ubahsuai atau pendedahan. Keupayaan perlindungan UMM yang digunakan termasuk, tetapi tidak had kepada firewalls, akses kata laluan, keselamatan pelayan dan kerahsiaan transaksi kad kredit. UMM hanya membenarkan kakitangan-kakitangan yang diberi kuasa untuk mengakses maklumat peribadi, dan ianya adalah suatu syarat pekerjaan dengan UMM bahawa pekerja-pekerjanya mengekalkan kerahsiaan maklumat peribadi.
UMM tidak boleh menjamin keselamatan transaksi-transaksi ‘online’ dan komunikasi yang dihantar secara elektronik atau post. Anda adalah bertanggungjawab untuk memastikan kerahsiaan dan keselamatan bagi, dan untuk semua aktiviti-aktiviti yang berlaku di bawah sebarang pengguna ID dan/atau kata laluan yang ditetapkan oleh UMM untuk tujuan memberikan barangan atau perkhidmatan-perkhidmatan kami (termasuk tanpa had apa-apa penggunaan kad kredit anda tanpa kuasa).
7. Pemusnahan dan ketidakkenalan maklumat peribadi
Kecuali suatu keperluan undang-undang diperlukan sebaliknya, sekiranya UMM tidak lagi memerlukan maklumat peribadi yang ia telah kumpulkan daripada anda untuk tujuan ianya dikumpulkan, ia akan mengambil langkah-langkah munasabah untuk memusnahkan atau membuat maklumat peribadi anda tidak dikenali secara kekal.
8. Maklumat hubungan perniagaan
UMM mengumpulkan suatu siri maklumat peribadi mengenai individu-individu daripada urusan perniagaannya dengan mereka, dan dengan organisasi-organisasi yang bekerja dengannya. Polisi UMM hanya adalah untuk menggunakan dan mendedahkan maklumat hubungan perniagaan ini untuk tujuan-tujuan berkaitan dengan konteks perniagaan yang mana maklumat tersebut dikumpulkan.
Individu-individu adalah berhak untuk mengakses dan meminta pembetulan maklumat peribadi yang dipegang mengenai mereka dalam kapasiti perniagaan mereka (lihat bahagian 5 di atas).
9. Isu-isu Privasi ‘Online’
UMM akan menggunakan polisi ini untuk semua maklumat peribadi yang ia kendalikan, sama ada dikumpulkan dari ‘online’ atau sebaliknya. Sehingga tahap penggunaan isu-isu privasi ‘online’ yang terpakai dalam Polisi ini, ianya adalah dibaca sebagai membentuk sebahagian daripada terma-terma penggunaan laman-laman web UMM. Bahagian 9 ini adalah bertujuan untuk memberikan maklumat lanjut mengenai privasi untuk pengguna-pengguna laman-laman web UMM.
(a) Pengumpulan maklumat peribadi dan bukan peribadi dari ‘online’
Seperti dibentangkan dalam bahagian 3 di atas, UMM mengumpul maklumat peribadi menerusi laman-laman web UMM apabila anda mendaftar untuk menjadi ahli kepada salah satu kelabnya atau apabila anda menghubungi UMM melalui borang-borang pertanyaan ‘online’nya.
Laman-laman UMM juga boleh mengumpul maklumat-maklumat lain yang mungkin atau tidak mungkin adalah maklumat peribadi. Setiap kali anda melawat laman web UMM, pelayannya akan secara automatik mengenali dan menyimpan "alamat" (misalnya, nama domain atau alamat protocol internet anda), jenis pelayar internet yang anda gunakan, alamat laman yang "merujuk" anda ke laman-laman UMM dan data klikstrim.
Sebagai tambahan, laman-laman web UMM menggunakan cookies untuk mengesan penggunaan laman-laman webnya. Kebanyakan pelayar-pelayar web telah ditetapkan untuk menerima cookies. Bagaimanapun, sekiranya anda tidak ingin menerima apa-apa cookies, anda boleh menetapkan pelayar anda untuk sama ada bertanya atau menolak. Sila maklum bahawa dengan menolak cookies tersebut ia mungkin akan menyebabkan bukan semua fungsi dalam laman-laman web yang anda lawat akan tersedia sepenuhnya kepada anda. UMM menggunakan cookies untuk mengesan statistik laman-laman webnya. Ini membenarkan UMM untuk lebih memahami pengguna-penggunanya dan memperbaiki bentangan dan fungsi laman-laman webnya. Pengesanan ini dikendalikan dalam suatu cara yang memastikan anominiti pelawat-pelawat ke laman-laman web UMM. Walaupun cookie boleh mengenal computer anda, ia tidak patut mengenal anda.
(b) Pautan-pautan ke laman-laman web lain
Kadang-kala laman-laman web UMM mengandungi pautan-pautan ke laman-laman web pihak ketiga untuk kemudahan dan informasi anda. Anda patut mengetahui bahawa apabila anda mengakses suatu laman web bukan kepunyaan UMM, UMM tidak akan bertanggungjawab untuk praktis-praktis atau polisi-polisi privasi bagi laman itu tersebut. UMM mencadangkan bahawa anda mengkaji polisi privasi bagi setiap laman yang anda lawat, khususnya sekira anda bertujuan untuk memberikan sebarang maklumat peribadi menerusi laman itu tersebut.
10. Bagaimana Menghubungi UMM
Sekiranya anda mempunyai apa-apa soalan atau komen mengenai polisi privasi ini, sekira anda ingin mengakses mana-mana maklumat peribadi yang UMM pegang mengenai anda, atau sekira anda ingin membuat suatu aduan mengenai bagaimana UMM telah mengendalikan maklumat peribadi mengenai anda, sila hubungi Pegawai Privasi UMM melalui salah satu cara berikut:
melalui telefon: (603) 7958 7433;
melalui faks: (603) 7954 6198;
melalui emel: contact@getmusic.com.my; atau
melalui surat: G.01 Ground Floor, Wisma Academy, 4A Jalan 19/1 46300 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysias
Polisi privasi ini mungkin akan ditukar dari masa ke semasa.
Sekiranya terdapat percanggahan atau pertikaian mengenai terma-terma dan syarat-syarat antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.